jump to navigation

FATWA MUFTI MALAYSIA: ESQ ARY GINANJAR SESAT 7 Juli 2010

Posted by yopie noor in Tak Berkategori.
Tags: , , , ,
trackback

Rabu, 07 Juli 2010

Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya

(a). ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustian dan apa‑apa ajaran yang seumpama dengannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran‑ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri‑ciri penyelewengan tersebut adalah seperti yang berikut:

  1. mendukung fahaman liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas‑nas agama (Al-Quran dan as‑Sunnah) secara bebas, dan fahaman pluralisme‑agama iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua‑dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
  2. mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah pilihan Allah SWT semata‑mata (Al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (Al-Kasbiyyah),
  3. mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam. “SQ” adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala “God Spot” adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua‑dua penemuan ini disahkan dengan ayat Al-Quran (AI‑Hajj ayat 46).
  4. menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religion menyebut: “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely inviolable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelaskan oleh Swami Vivekananda: “The Atman is the Holy Ghost of the Biblical Trinity, and the purpose of all religions is to make men heard ‘the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu Al-Abbas, pendapat demikian adalah zindiq dan kufur.
  5. menjadikan logika sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa Al-Quran dan as‑Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
  6. mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logik. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulama kerana ia bermakna mengingkari nas‑nas Al-Quran dan Hadits Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi AS.
  7. menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk menafsir Al-Quran. Rasyad Khalifah mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan submission.” Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Al-Quran kerana mengikut teori ini, ayat‑ayat Al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.
  8. menyamakan bacaan Al- Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang Jepun yang berteraskan ajaran Buddha.
  9. mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa AS diselamatkan daripada Firaun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini merupakan ajaran agama Hindu seperti yan.g diterangkan oleh Swami Vivekananda: ‘When Jesus healed, they called it a miracle”. What is a miracle?A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. “Just because you don’t understand it, you call it a miracle. We know what it’s about. It’s natural to its”.
  10. menafsirkan makna kalimat syahadat dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah, “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menguraikan konsep ini menyatakan: “The Trinity: How 1 + 1 + 1 Equals 1. Christianity says that God is Trinity ‑ one God expressed in three beings. The term trinity means: “three‑oneness.”

(b)mana‑mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan.

Bertarikh 10 Jan 2010

[PMWP/100 /20 Klt. 2 ; PN(PU 2 ) 530 /VI]

Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh Mufti Wilayah‑Wilayah Persekutuan

Sumber: http://www.voa-islam.com/

Komentar»

1. macro camera - 7 Juli 2010

mantap,,makasih banyak infonya,,,salam hangat…

yopienoor - 7 Juli 2010

Terima kasih.
Dan terima kasih juga untuk kunjungannya.

2. ptcoptimized - 7 Juli 2010

perlu di sebar luaskan
terima kasih atas infonya

yopienoor - 7 Juli 2010

Terima kasih kembali.
Saya akan sangat berterima kasih sekali kalau anda copy paste postingan ini ataupun postingan lainnnya di blog ini untuk disebar-luaskan kembali di blog atau website anda. Salam.

3. 27 Penyimpangan ESQ Ary Ginanjar Versi Nahimunkar Com « Hamba-Mu's Site - 10 Juli 2010

[…] Sebaiknya, setiap para alumni Training ESQ Model-nya Ary jangan menutup diri untuk belajar Islam lebih jauh, dan jangan mengultuskan ESQ Model-nya Ary. Anda hendaknya tahu dan menyadari bahwa kelezatan spiritual yang anda rasakan dalam training ESQ itu sama sekali tidak menunjukkan kebenaran ESQ Model, sebab hal seperti bisa anda temukan di semua kelompok faham, bahkan di semua agama dan berbagai aliran kepercayaan! Nabi Muhammad, Shallallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya telah menghayati sedalam-dalamnya ajaran Islam, sampai pada tingkat ihsan yang paling tinggi, maka bercerminlah kepada mereka, dan cermin itu ada di dalam sunnah Rasulullah Muhammad Shallallahu alaihi wasallam . [taz] FATWA MUFTI MALAYSIA TENTANG SESATNYA ESQ ARY GINANJAR klik disini […]

4. Wawancara voa-islam Dengan MUI Pusat: Ary Angkuh dan Sombong « Hamba-Mu's Site - 10 Juli 2010

[…] Fatwa Mufti Malaysia: ESQ Ary Ginanjar Sesat […]

5. Akhirnya Ary Ginanjar Akui Kekeliruan ESQ « Hamba-Mu's Site - 27 Juli 2010

[…] Postingan terkait: Tanggapan ESQ Leadership Center 12 juli 2010 Wawancara voa islam Dengan MUI Pusat 27 Penyimpangan ESQ Ary Ginanjar versi Nahimunkar Com Fatwa Mufti Malaysia: ESQ Ary Ginanjar Sesat […]


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: